Saturday, December 18, 2010

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

Haluuu, kali ni me nak join GA dari Mama Kembar 3..hadiah yang ditawarkan sangat menarik, nak tahu apa jum bace!



nak tahu hadiah pe yang menarik sangat tu..

Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets
Dan inilah hadiah-hadiahnya:
 
Hadiah Pertama:
Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel

 
Hadiah Kedua:
Island Waters Body Mist + Telekung Travel
  Hadiah Ketiga: Telekung Travel

wwwaaahhh sangat teruja okey kalo dapat hadiah tu, so ape tunggu lagi jum join skang si belog Mama Kembar 3

Tarikh tutup: 6 Januari 2011

nak tag: qilah, myralynn, el

:D


Read rest of entry

Friday, December 17, 2010

GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh

hello, me nak join GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh..nak tahu ape y menarik gan GA ni? jum bace!


nak join mudah jew...



Korang hanya perlu :

1. Buat 1 entry pasal giveaway ni dengan tajuk "GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh"...DONE

2. Jadi follower blog ini...DONE
3. Tag 1 org blogger lain atau lebih dan make sure dieorg tahu...DONE
4. Tinggalkan link entry korang kat ruangan comment entry ni...DONE

pastu nak senaraikan 1-5 hadiah yang me minat, wah manyak tue!

*me minat gan fridge magnet dari Padang & S'pore tu*

kalo korang nak join gak sile lah ke belog danielzaidi

nak tagged sape eh?



ok shiap!
Read rest of entry

GIVEAWAY BULANAN

Me nak join satu lagi giveaway dari BUL BUL CRAFT



caranya mudah jew...


1) copy gambar di atas dan pastekan di page u all beserta isi pertandingan ini..DONE
2) kena la jadi follower ...tapi pastikan letak jejak (link ) di komen GA ini yer...DONE
3) letak bul bul craft dalam list u all yer...DONE
4)Letakkan sekali tentang blog u all semasa meninggalkan jejak untuk kita promotekan sekali...DONE



harap2dapat menang hadiah yang comey2 itew..weeee~

Read rest of entry

Sayahappyslalu Giveaway…

sangat rajin jari jemari ni nak join giveaway ehehe....nak taw giveaway apa? cekidaut!


IMG_9966

giveaway ni dari blog sayahappyslalu

me pun baru first time terjah blog ni, so bile dah buat giveaway cegini memang senang nak berkenalan gan lagi ramai blogger, ye tak..

so sape2 nak join cepat terjah blog die

tarikh tutup 25 December 2010, jam 10 pagi :D
Read rest of entry

Thursday, December 16, 2010

Apesal sunyi sangat ni?

Disebabkan blog ni agak sunyi, me plan nak update blog ni khas untuk join any giveaway or contest...harap2 pasni takdelah sunyi sangat.ohh yeeeeeah!!!!



motif gambar? nk dpt hadiah uhuh
Read rest of entry

Tuesday, October 26, 2010

Rahsia Rambut Cantik Menawan


inginkan rambut yang lebat? sihat? bersinar?

ambooyats@blogshop akan berkongsi satu produk yang sangat berkesan!

-tiada lagi masalah rambut gugur

-tiada lagi masalah uban (bahan berasas daun inai)

-tiada lagi warna rambut yang kusam

nantikan review produk dalam entry seterusnya
Read rest of entry

Monday, October 25, 2010

Aromatic Candle dengan harga bajet

Dapatkan aromatic candle dengan harga serendah RM 7!

sesuai untuk perhiasan rumah, sebagai doorgift, dan hadiah.
walaupun nampak ringkas tapi cukup menarik!
saiz yang sesuai tidak terlalu besar/kecil. Boleh bandingkan dengan syiling 10sen pada gambar

4 warna pilihan

code: ac01

code: ac02

code: ac03
code: ac04

untuk tempahan sila isi Order Form diatas

Order banyak, harga lebih murah!

*sebarang pertanyaan sile email ke: ambooyats@yahoo.com
Read rest of entry

ambooyats@blogshop



kini belog kedua ambooyats telah bertukar kepada konsep blogshop

nak tahu lebih lanjut

kenalah selalu jenguk belog ni

pelbagai barangan yang menarik akan diupdate di belog ni

tungguuuuuuuuuuu......
Read rest of entry

Sunday, October 3, 2010

Bung Nafi Cerai Isteri Pertama

Bung dan Zizie masih menanti rezeki anak.
PETALING JAYA: Selepas mahkamah mengesahkan pernikahan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, 51, dengan pelakon Zizie Izette, 32, pada Ogos lalu, khabar angin mengatakan Bung menceraikan isteri pertamanya, Nor Asidah Alimuddin sebulan lalu tersebar luas.
Bagaimanapun, Bung menafikan hal cerai tersebut dan menganggapnya sebagai khabar angin kosong sahaja.
"Tidak, mana ada. Ia cuma gosip sahaja," seloroh Bung ketika bertemu di majlis rumah terbukanya dan Zizie di kediaman mereka di Ukay Perdana.
Zizie pula berkata, dia harap gosip sebegini tidak akan timbul lagi kerana risau jika ia mengguris hati pihak lain.
"Setakat ini hubungan Bung dengan isteri pertamanya baik dan saya harap khabar angin ini tidak berlarutan kerana ia memberi impak kepada keluarga kami.
"Saya pun tidak mempunyai sebarang masalah dengannya," ujar Zizie.
Tambah Zizie, selepas 10 bulan bergelar isteri, pelakon itu gembira dengan kehidupan barunya itu.
Cuma, dari segi karier, Zizie tidak lagi dibenarkan menerima watak-watak seksi atau penggoda, sebagai tanda menghormati suaminya itu.
"Sekarang ini saya sibuk menemani suami memenuhi undangan majlis-majlis korporat. Oleh itu saya mempunyai masa yang sangat terhad sehingggakan saya terpaksa menolak beberapa tawaran kerana kesibukan masa.
"Tambahan pula selepas berkahwin, suami sudah berpesan pada saya agar lebih memilih watak yang sesuai dengan status saya sekarang ini.
"Justeru itu, saya telah membuka syarikat saya sendiri iaitu 2121 Vision Pictures, diamana saya akan menjadi penerbit drama atau filem. Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai skrip yang bagus, bolehlah hantar kepada saya," katanya yang tidak sabar untuk menimang anak.-mStar_
Read rest of entry

Mari Menari Menggantikan Sehati Berdansa





Memandangkan program realiti Sehati Berdansa yang berlangsung selama tiga musim di Astro Ria, seperti ada sumpahan kepada pasangan artis yang menjadi peserta



Bayangkan, kehidupan beberapa pasangan selebriti yang menyertai pertandingan itu berakhir dengan perceraian.
Astro mengantikan program berkenaan dengan Mari Menari dan pesertanya adalah dikalangan khalayak ramai.
Sebanyak 12 pasangan yang terdiri daripada ahli keluarga seperti ibu atau bapa dan anak, adik-beradik dan suami isteri bakal beradu nasib dengan diajar oleh mentor masing-masing.
Selain juri dan peserta, tunjang utama rancangan yang akan ke udara pada 16 Oktober ini ialah pengacara Awal Ashaari dan Lisa Surihani.
Read rest of entry

Luna Maya Beri Kredit Panggilan Percuma Tanda Maafnya

Memandangkan gosip panas video artis Luna Maya dan Ariel semakin dilupakan
kini keluar pula cerita Luna Maya ingin memberi kredit panggilan secara percuma sebagai tanda mohon maaf.


SMS itu berbunyi:

"Artis Luna Maya memberi kredit panggilan sebagai tanda maafnya kepada rakyat Indonesia. Ini berikutan video panasnya dengan Ariel Peterpan.
"Dia kini bekerjasama dengan semua operator telefon. Sebarkan SMS ini kepada 16 orang dan kredit panggilan akan terisi sebanyak RP50,000 (RM20).
"Serius kerana saya sudah mengirim kepada 16 orang dan kredit saya meningkat RP50,000. Buktikan,"
 Peguam Luna, Aga Khan menafikan SMS tersebut dan menganggap insiden itu dilakukan untuk menjatuhkan Luna Maya.

Read rest of entry

Woods Merenung Pinggul?

RAMAI yang mungkin menyangka Tiger Woods akan berkelakuan baik di pertandingan Piala Ryder minggu ini selepas krisis rumah tangganya menjadi tajuk akhbar pada awal tahun.

pix_middle

Woods, 34, dirakam merenung pinggul penyanyi, Katerine Jenkins pada majlis berkenaan.

Dan ketika Woods menyertai kejohanan itu tanpa ditemani isteri, bekas isterinya, Elin Nordegren terus menghabiskan masa di Florida dengan penampilan yang lebih pucat dan kurang glamor.

kalau sebelum ni Beckam juga pernah kantoi..teeet



Read rest of entry

Saturday, October 2, 2010

Skandal Curang David Beckam

walaupun rumahtangga yang dibina bersama Posh mampu bertahan sehingga kini
namun seperti bintang lain beckam turut tidak terlepas dari skandal bersama perempuan lain


Hanya seminggu selepas seorang bekas pelacur mendakwa mengadakan hubungan seks beberapa kali dengan David Beckham, bintang bola sepak itu sekali lagi menjadi tumpuan skandal rumah tangga.

SHERRY.

SHERRY


Shery Shabani, yang dilapor akrab dengan Beckham dan isterinya, Victoria, kini dalam proses bercerai dengan suaminya yang menuduhnya mengadakan hubungan intim dengan bekas kapten pasukan England itu.

Menurut dokumen yang difailkan di Mahkamah Agung Los Angeles County, bulan lalu, suami Shery, Kambiz Joseph Shabani percaya isterinya dan Beckham mempunyai hubungan intim.

Shery dilapor berkata dalam dokumen itu: “Dia menuduh saya curang, khususnya dengan David Beckham. Ia tidak benar sama sekali.” Shery juga mendedahkan Joseph pernah memarahinya di depan anak mereka dengan menjerit: “Saya tahu kenapa anda kecewa. Hari ini ialah hari jadi anda dan David Beckham tidak mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada anda! “Mengapa anda tidak telefon dia, suruh dia hantar gambar kemaluannya!” Dokumen itu juga mendakwa Joseph cuba melanggar kereta Beckham Mei lalu ketika di luar sekolah anak mereka.

Sementara itu, wakil bintang bola sepak itu ketika mengulas kes berkenaan berkata: “Sama seperti cerita baru-baru ini, dakwaan kali ini adalah khayalan semata-mata.”
Read rest of entry

Rumah Tangga rita Rudaini Mula Goyah

Rita Rudaini mendakwa rumah tangganya bersama Aidil, 23, yang dibina atas dasar cinta mula goyah, banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu, terutama keluarga mentua. Mereka yang berkahwin dua tahun lalu dikurniakan cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin.


Menurut Rita juga, masalah yang berlaku dalam rumah tangganya adalah berpunca daripada pihak ketiga yang cuba memecahbelahkan rumah tangga mereka. Pihak ketiga itu juga selalu menyebarkan fitnah semata-mata untuk memberi tekanan kepada Rita dan suaminya.
“Saya mempersoalkan di sini apakah motif mereka berbuat demikian? Apakah tujuan mereka ingin menghancurkan kebahagiaan kam.”

Rita diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Sabtu yang melaporkan rumah tangganya dengan pemain bola sepak kebangsaan itu seperti retak menanti belah.
Laporan itu turut menyebut Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anak mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia lebih setahun sejak sekian lama.
Ujar Rita, dia masih mahu mempertahankan rumah tangganya dan tidak pernah berhasrat untuk berpisah seperti yang diheboh orang sejak kebelakangan ini.
“Saya masih sayangkan Aidil dan rumah tangga kami,” katanya.
Dalam Berita Harian hari ini pula, bapa Aidil telah buat kenyataan balas:
“Biarlah apa pun yang dia nak cakap,” kata Abd Radzak Salleh dalam reaksi balas terhadap kenyataan menantunya, Rita Rudaini Mokhtar yang mendakwa rumah tangganya kini goyah akibat campur tangan individu tertentu, termasuk keluarga mentua.
Sambil reda dengan jodoh Rita dan Mohd Aidil Zafuan, 23, kerana ia ketentuan Tuhan, Abdul Radzak, 61, berkata mereka sekeluarga tidak tergamak bertindak sesuatu atau memburukkan pelakon berkenaan dan buat masa ini beliau dan keluarga tidak mahu mengulas lanjut pendedahan Rita yang disiarkan Berita Harian, semalam.
“Saya tak mahu ulas kenyataan pelakon itu (Rita) kerana sehingga kini pun kami tak dapat apa-apa maklumat daripada Aidil (Mohd Aidil Zafuan) yang kini ada di Vietnam bersama skuad bola sepak kebangsaan. Ada baiknya kami ahli keluarga berbincang dulu, terutama dengan Aidil kerana ia membabitkan kepentingan rumah tangga mereka. Biarlah dia (Rita) yang buat kenyataan atau apa juga yang dia nak cakap… kami perlu ambil masa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Rashibah Indah, Sikamat di sini, semalam.
Abd Radzak yang kelihatan kurang sihat kerana penyakit paru-paru berkata, beliau perlu mendapat maklumat jelas daripada Aidil bagi mengelak kenyataan yang tidak benar dan memalukan keluarga, selain tidak mahu tumpuan anaknya terhadap karier dan tanggungjawab bersama pasukan bola sepak negara dan Negeri Sembilan terganggu.
“Kami belum dengar apa-apa daripada Aidil, malah sebelum ini pun kami tak pernah pergi ke rumah mereka di Kuala Lumpur dan tidak tahu hal rumah tangga mereka. Laporan yang kami dihalau ketika berkunjung ke rumah mereka juga tidak benar kerana memang kami tidak pernah ke sana, kecuali ketika Rita melahirkan Airit,” katanya.
Mengenai dakwaan bahawa Aidil sudah lama tidak menjenguk Rita dan bayi mereka, termasuk meraikan Aidilfitri lalu bersama keluarga masing-masing, beliau berkata, setiap kali selesai perlawanan bola sepak, Aidil pulang ke Kuala Lumpur.
“Aidilfitri lalu, Aidil baru selesai dengan tugasannya bersama skuad bola sepak kebangsaan di luar negara. Dia ada cuti singkat kerana terpaksa memberikan komitmen kepada skuad Negeri Sembilan pula bagi menghadapi perlawanan dengan Kelantan di Kota Bharu.
“Kami tidak campur tangan dalam jadual Aidil. Jika dia nak berhari raya di mana pun, terpulang kepadanya,” katanya yang turut kesal dengan dakwaan Rita bahawa Aidil melarikan Airit untuk bertemu keluarga pemain bola sepak itu.
“Wajarkah tindakan Aidil membawa anaknya bertemu datuk dan nenek dituduh sebagai melarikan anak?” katanya.

-budiey.com-
Read rest of entry

Tuesday, September 21, 2010

Azwan Ali Tekad Bersara Tulis Blog
















Barangkali berita ini mungkin akan mengejutkan segelintir peminat Azwan Ali. Begitu juga di kalangan mereka yang tidak begitu menggemari pengacara yang cukup sensasi serta laser ini. Namun, hakikatnya Azwan sudah tekad untuk berhenti daripada meneruskan tulisannya di dalam blognya:http://silaserazwanali.blogspot.com/.

Apakah sebabnya? Mengapa Azwan tiba-tiba mengambil keputusan yang boleh disifatkan sebagai cukup drastik itu? Lebih-lebih lagi bila keputusan itu dibuat pada saat dia masih lagi mengerjakan umrah selama 15 hari di bumi Mekah sejak dia menjejakkan kaki di Tanah Suci Allah itu pada 30 September 2010 yang lalu.
Dan, Azwan telah mengumumkannya di dalam blognya sendiri pada tanggal 10 September 2010. Seperti yang dijangka ia mendapat pelbagai reaksi dan maklum balas daripada pelbagai pihak yang sentiasa mengikuti perkembangan blognya selama ini.

Kata Azwan, keputusannya itu bersara itu mula muncul di benaknya sewaktu dia melalui Safa dan Marwah untuk melunaskan Sa'ai.
"Di situ tiba-tiba ada suara yang berrdentum kuat menyapa di telinga saya. Meminta saya untuk berhenti menulis di blog saya. Saya tidak pasti suara itu datang dari mana dan dari siapa.
"Mungkin juga suara dari malaikat kerana apa saja mampu berlaku di bumi Allah. Tetapi, suara itu memang sangat jelas sekali meminta saya untuk berbuat demikian dengan serta-merta.
"Waktu melakukan 7 pusingan Sa'ai itu, Tuhan saya yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Perasaan saya bercampur baur. Setengah jam saya termenung di satu sudut memikirkan dengan suara yang saya dengar itu.
"Saya juga tertanya dari mana datangnya suara itu dan mengapa ia datang pada saat saya sedang melakukan ibadat di Sa'ai? Tapi, saya tahu akan ada hikmahh yang terkandung di sebalik apa yang berlaku.
"Sebagai hamba Allah, saya tidak punya pilihan. Kalau ianya datang dari kehendak Tuhan, maka saya harus turuti. Kalau saya tidak turuti, saya tidak tahu barangkali petaka apa yang akan datang menimpa saya nanti.
"Atas sebab itu, saya nafikan kalau ada yang menganggap keputusan ini dibuat kerana desakan atau tekanan luar. Tolonglah. Tuduhan itu sama sekali tidak berasas dan tidak boleh saya terima. Kerana siapalah kita untuk melawan kehendak Tuhan?," jelasnya dengan suara yang cuba menahan sebak.
Cerita Azwan lagi, sewaktu menyempurnakan ibadat di Masjid Kucing yang berhampiranb dengan Masjidil Haram iaitu salah satu masjid yang menjadi kesayangan Nabi SAW, dia telah menulis sebuah mesej yang sederhana panjang.
"Mesej itu saya karang pada awal SUbuh pagi yang mana ia adalah untuk memaklumkan kepada pengikut-pengikut blog saya bahawa saya akan bersara dari blog saya dengan serta-merta.
"Mesej itu kemudian saya hantar kepada seorang rakan iaitu Jamil yang juga kakitangan di Astro dan memintanya membantu saya untuk memuat naikkan mesej tersebut di dalam blog saya dengan segera.
"Mesej itu juga adalah mesej terakhir yang saya tulis di dalam blog saya. Selepas ini saya tidak akan tulis apa-apa lagi kerana keputusan yang saya buat untuk bersara ini adalah muktamad. Kalau pun ada selepas ini, hanyalah gambar-gambar saya di Mekah yang saya upload di dalam blog ini," katanya.
Sambung Azwan lagi, berat sebenarnya baginya untuk membuat keputusan ini terutama apabila menulis sudah menjadi sebahagian daripada caranya untuk berkarya dan meluahkan apa saja perkara menerusi sudut pandangan serta pemikirannya sendiri.
"Tapi, seperti yang saya katakan tadi, siapalah kita untuk melawan kehendak Tuhan. Saya juga masih memikirkan sama ada perlu atau tidak saya menghentikan Twitter saya. Tapi, ada yang kata, tidak perlulah sampai Twitter pun saya nak hentikan.
"Sebab, setidak-tidaknya dapat juga sayagunakan twitter tersebut memberitahu hal-hal berkaitan dengan perkembangan diri saya. Alhamdulillah sejak awal tahun beroperasi, twitter saya sudah pun mempunyai 4,00 pengikut," katanya.
Di kesempatan ini kata Azwan, dia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kalangan peminat sentiasa mengikuti serta memberikan sokongan terhadap blognya.
"Apa yang membanggakan diri saya, walaupun dicaci maki, namun blog saya tetap mempunyai pengikut yang besar dan sebab kenapa saya mahu menulis blog adalah untuk memperbetulkan orang Melayu kita.
"Tapi, hikmah yang saya dapat, who are you untuk perbetulkan semua itu. Biarkan... Sebab, Allah sendiri yang akan uruskan semua hal-hal-hal itu," katanya dengan mata yang bergenang.-murai.com-
Read rest of entry

Shahir Kemalangan, Adik Anum Masuk ICU?


















Juara AF8, Shahir atau Ahmad Shahir Zafawi ditimpa kemalangan petang semalam. Kejadian yang berlaku di Tapah Perak itu telah menyebabkan kereta yang dipandu Shahir remuk teruk.

Shahir selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan yang teruk cuma mungkin Shahir sedang mengalami sedikit trauma selepas kejadian itu.
Selain Shahir, seorang lagi pelajar AF8 yang sedang bersedih ketika ini kerana adik kepada Anum juga ditimpa kemalangan apabila berlanggar dengan motor pagi semalam di Kota Kinabalu Sabah. Keadaan adiknya itu dilaporkan agak kritikal dan kini sedang dirawat dalam bilik ICU.

Apa-apa pun mari kita doakan semoga Shahir selamat dan dapat mengawal traumanya supaya dapat memandu lagi selepas ini serta semoga adik Anum selamat dan cepat sembuh supaya segera dikeluarkan daripada bilik ICU itu.-murai.com-

so pandulah dengan cermat dan selamat okies. tapi kalo dah takdir tu memang tak boleh dielakkan.
Read rest of entry

Tuesday, August 10, 2010

Tahniah Kepada Maizawati Dan Suami


Selepas lebih setahun bercerai dengan penceramah dan penyanyi, Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35, akhirnya menamatkan zaman jandanya semalam.
Dengan sekali lafaz, Maizawati sah menjadi isteri pemuda yang berasal dari Sabah, Mohd. Yassin Ben @ Abd Rahim, 23, tepat pada pukul 12.30 tengah hari.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Zainal Jani, 55, dengan mas kahwin sebanyak RM101 di kediaman Maizawati di No. 16, Laluan Bercham Utara 4, Taman Utama, Bercham dekat sini.
Rombongan pengantin lelaki tiba kira-kira pukul 12.15 tengah hari dengan membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan lima dulang hantaran.
Maizawati berkata, dia berkenalan dengan pemuda kelahiran Kota Kinabalu itu kira-kira setahun lalu sebelum hubungan mereka menjadi semakin intim beberapa bulan kemudian.
@: hmm..ape rahsia maiza, ni y ke-3 kali kan?
Read rest of entry

Sunday, August 8, 2010

Anne, Hot fm Tampil Bertudung


Anne atau Putri Adreanna Syigim Mohd Razali terpaksa meninggalkan Hot fm untuk mengikut suaminya Nik Mahathir Zainuddin yang bekerja di Doha.Anne yang kini tampil lebih manis dengan mengenakan tudung merancang untuk membuat perniagaan pakaian muslimah seperti jubah dan tudung melalui talian tak lama lagi

@: kite perlu perubahan dalam hidup ke arah y lebih baik
Read rest of entry

Digantung Tugas Kerana Gemuk


Syarikat Penerbangan Turki semalam menggantung tugas 28 atendan penerbangan kerana terlalu gemuk.
Mereka diberikan masa enam bulan untuk mengurangkan berat badan atau berdepan dengan tindakan ditukarkan tugas.

Menurut laporan akhbar Haber Turk, kakitangan terbabit, 13 daripadanya wanita, diarah bercuti tanpa gaji sehingga mereka mengurangkan berat badan. Mereka sebelum ini sudah diberi amaran supaya melangsingkan tubuh masing-masing.

“Berat badan dan ketinggian adalah faktor penting bagi semua syarikat penerbangan. “Kriteria ini adalah penting baik dari segi penampilan dan keupayaan untuk bergerak,” kata syarikat berkenaan dalam kenyataan yang dikeluarkannya. Ketua Persatuan Kakitangan Penerbangan syarikat itu, Izet Levi berkata, dia perlu mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram jika mahu kembali memegang jawatannya.

Syarikat Penerbangan Turki adalah yang keempat terbesar di Eropah berdasarkan jumlah penumpang

@: kasehan tapi tu y sepatutnya
Read rest of entry

Ikan Duyung Dipakaikan Coli

Ni bukan duyung dalam cerita kat astro tu, tapi hanyalah patung replika.

Sebuah patung ikan duyung wanita dipakaikan coli bagi menutup 'payu daranya' di Pusat Hidupan Laut Chessington, England, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Coli itu dipakaikan selepas beberapa pelawat lelaki didapati menghabiskan banyak masa dengan melihat payu dara patung ikan duyung tersebut di dalam akuarium pusat berkenaan baru-baru ini.
Ketua-ketua pusat itu kemudian membuat keputusan untuk memakaikan coli pada patung tersebut bagi menghalang sebarang bentuk gangguan lain.
@: patung pun boleh menjadi tarikan seksual..aiyoo
Read rest of entry

Mati Di Dalam Sauna


Seorang lelaki Rusia, Vladimir Lazyzhenskiy meninggal dunia pada pertandingan akhir Kejuaraan Dunia Sauna di Finland selepas menghabiskan masa selama enam minit dengan berpeluh pada suhu 110 darjah Celcius, kata pihak penganjur semalam.
"Selepas kejadian itu, kami memutuskan bahawa permainan ini sudah berakhir," kata Setiausaha Kebudayaan di Bandar Heinola.
Kejuaraan sauna itu sudah diadakan selama 12 tahun di Heinola kira-kira 138 kilometer ke timur laut bandar raya Helsinki.
Punca kematiannya masih lagi disiasat.
Seorang lagi peserta pada peringkat akhir dari Finland, Timo Kaukonen telah dihantar ke sebuah hospital di bandar Lahti, utara negara itu.
Seramai 135 orang dari 15 buah negara menyertai pertandingan itu. 
@: mesti ramai y takut nak jadi peserta pasni
Read rest of entry

Sinta dan Jojo tolak tawaran sinetron


Walaupun menjadi popular setelah menggerakkan mulut mengikut nyanyian penyanyi Lisa yang menyanyikan lagu Keong Racun di Youtube, dua pelajar universiti, Sinta dan Jojo menolak tawaran berlakon sinetron oleh sebuah syarikat drama di Indonesia, lapor sebuah akhbar baru-baru ini.
"Kami berdua perlu menamatkan kuliah terlebih dahulu. Sebarang urusan kerja harus mengikuti jadual kuliah.
"Pelajaran masih nombor satu," kata Sinta.
Dua mahasiswi yang berasal dari Cimahi, Bandung itu memberitahu, populariti yang diperoleh dalam masa yang singkat tidak akan mengganggu pengajian mereka.
Sinta dan Jojo masing-masing berumur 19 tahun.
Klip video kedua-dua mahasiswi itu sudah dilihat hampir tiga juta kali sehingga senja semalam di laman YouTube.
Selain membuat gerakan bibir mengikut nyanyian penyanyi Lisa itu, mereka turut membuat banyak gelagat yang dianggap melucukan oleh kebanyakan penduduk Indonesia
@: Sinta pandai buat mimik muke n ade bakat jadi pelakon, Jojo :?
Read rest of entry

Manchester United Rampas Trofi


Manchester United memulakan saingan musim baru Liga Perdana England dengan penuh bergaya.
Semalam, skuad bimbingan Alex Ferguson itu menjuarai Piala Perisai Komuniti selepas menewaskan juara bertahan, Chelsea 3-1 di Stadium Wembley.
Jaringan Antonio Valencia pada minit ke-41, Javier Hernandez (76) dan Dimitar Berbatov (90) sudah cukup memberikan United langkah kanan dalam misi mereka kali ini.
Begitupun, Chelsea tidak mudah mengaku kalah dan cuba memberi tentangan yang hebat tetapi memperoleh gol sagu hati menerusi Salomon Kalou pada minit ke-83.
Lebih manis, kejayaan The Red Devils ini juga dilihat sebagai amaran awal mereka dalam misi mereka merampas semula gelaran Liga Perdana England daripada The Blues.
Pertembungan dua pencabar utama itu semalam banyak didominasi oleh United yang menurunkan dua pemain baru, Hernandez dan pertahanan Chris Smalling.
Manakala Chelsea yang merupakan juara berganda selepas memenangi gelaran liga dan Piala FA dilihat gagal mencari rentak meskipun menggunakan khidmat bekas perancang Liverpool, Yossi Benayoun dan penyerang Ivory Coast, Didier Drogba.
Ini adalah kali ketiga dalam masa empat tahun United berjaya menjulang gelaran Piala Komuniti selepas tahun 2007 dan 2008.
Kekalahan ini pula merupakan tamparan baru buat pengurus The Blues, Carlo Ancelotti dalam misi mempertahan kejuaraan menjelang aksi pembuka musim 2010/11 pada Sabtu ini.
@: Tahniah buat MU, kecewa gan Chelsea :(
Read rest of entry

Minyak wangi Shakira


BAGAI mengikut jejak langkah teman selebriti lain, penyanyi Shakira kini bersedia dengan rangkaian jenama minyak wanginya sendiri.
"Bagi golongan wanita yang boleh merasakan 'aliran' haruman ini, mereka akan berasa tabah dan berdikari. Haruman ini khusus untuk mereka yang yakin diri," kata Sharika tentang minyak wanginya yang menggunakan jenama S by Shakira di pasaran.
Menurut pemenang Grammy ini, dia bekerjasama dengan Piug dalam menghasilkan haruman tersebut dengan memilih bauan yang tidak begitu menyengat tetapi mempunyai bauan sensual. Ramuan yang digunakan termasuklah bunga melor, kayu wangi dan beberapa intipati lain.
Kata Shakira: " Seperti lagu-lagu saya, saya mahu S by Shakiramempunyai ceritanya sendiri, unik dan bersifat peribadi. Ia juga adalah refleksi terbaik yang bersangkut dengan emosi sendiri.
S by Shakira dijangka berada di pasaran pada September ini dengan harga antara RM55 hingga RM110.
Dengan penuh semangat Shakira juga memberitahu minyak wangi keluarannya adalah satu permulaan sahaja dan khalayak akan dikejutkan dengan lebih banyak perkara yang tidak dijangka dilakukan olehnya.

@: harga boleh tahan murah juga ye
Read rest of entry

Padah langgar lampu isyarat


Tindakan seorang lelaki melanggar lampu isyarat mengundang padah apabila dia mati selepas kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam satu kemalangan di persimpangan Jalan Tamby Abdullah dan Jalan Laksamana Cheng Ho di sini kelmarin.
Kejadian pukul 11 malam itu berlaku ketika Wing Mei Siang, 32, dari Taman Kerjasama, Bukit Beruang di sini dalam perjalanan dari Jalan Parameswara menuju ke persimpangan berkenaan menaiki kereta Perodua Viva.
Pegawai Turus Trafik Melaka Tengah, Asisten Supritendan Poonam E. Kling berkata, mangsa telah melanggar belakang MPV jenis Toyota Estima yang ketika itu berhenti di lampu isyarat tersebut.
@: memang ngeri n nak bawak kereta kat sini, macam tu juga kat KL
Read rest of entry

ShareThis

TRACKING NO

MOHD HAFIZUL: EM362617935MY
SAFINAZ: CD192274173MY
FAZLIATON: EM362734319MY
MASRITAH: EM362734282MY
JENNY: EM362734279MY
NOORFAEZAH: EM362618128MY
NORMANJA: EM362618043MY
SHAMSIAH: EM362618159MY
SITI NOR HAJAR: EM362618030MY
YUSMADI: EM362618162MY
HARUN RASHID: EM362618131MY
SALAMIAH: EM362618105MY
NOORFAEZAH: EM362618128MY
FADHILAH: EM362617330MY
NOR AZIAH: EM211889305MY
NONIE: EM211889319MY
NURHAFIZAH: EM035415462MY
SUHAILA: EM211889662MY
JUNAIDAH: EM211889509MY
SAFINAZ: EM211889526MY
SHIMA: EM211889512MY
SUHANIS: EM035415480MY
SYASYAH: CD187146786MY
JUJU-CP122719701MY
RISMA-EM035415621MY
NOOR HAFIZA- CD127449731MY
NURUL-EM081651755MY
SUZANA-EM035415502MY
IZA-EM081736889MY
CT HUSNA-EM035415520MY
 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

ambooyats@blogshop Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal