Monday, June 27, 2011

Dividen ASN2 Sebanyak 5.5 Sen


AMANAH Saham Nasional Bhd (ASN), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengisytiharkan dividen 5.5 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2011 yang membabitkan pembayaran sebanyak RM10.8 juta. Sejumlah 8,832 pemegang unit yang secara kolektifnya memiliki 196 juta unit akan mendapat manfaat pembayaran itu.

Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid (gambar) berkata, ASN2 menunjukkan prestasi lebih baik sepanjang tahun kewangan itu berbanding tahun sebelumnya.


“Ini sejajar dengan prestasi menggalakkan ekonomi dan bursa negara ini yang menyaksikan indeks komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) mencatatkan keuntungan 18.96 peratus kepada 1,563.19 mata pada Isnin,” katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan ASN2, semalam.

Berasaskan nilai aset bersih dana itu sehingga 23 Jun lalu, daripada RM1.2246 seunit, pulangan keseluruhan yang dicatatkan dana itu berjumlah 19.27 peratus.


Sehingga Isnin, ASN2 mencatatkan pendapatan kasar RM14.34 juta, daripada jumlah itu, keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM5.43 juta atau 37.87 peratus, manakala pendapatan dividen dari syarikat dilabur menyumbang RM7.24 juta atau 50.49 peratus dengan baki pendapatan RM1.67 juta atau 11.64 peratus diperoleh daripada pelaburan lain.



Sementara itu, semua transaksi ASN2 digantung sehingga 30 Jun bagi memudahkan pengiraan dividen. - Bernama
Read rest of entry

Thursday, June 23, 2011

Kedai Rakyat lebih murah dan jimat



KUALA LUMPUR – Pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia kelmarin mendapat sokongan daripada persatuan pengguna yang rata-rata berpendapat ia dapat membantu orang ramai berjimat cermat dalam perbelanjaan harian mereka.
Menurut mereka, kewujudan kedai itu dilihat mampu menangani masalah penipuan yang dilakukan segelintir peniaga untuk mengaut untung berlebihan.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, harga jualan yang murah di Kedai Rakyat 1Malaysia boleh dijadikan kayu pengukur sejauh mana peniaga mengambil kesempatan pada saat pelbagai krisis harga barang yang timbul sekarang sehingga menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.
“Dengan wujudnya kedai seperti ini, pengguna mempunyai alternatif ketika membeli barangan keperluan asas pada harga lebih murah tetapi berkualiti.
“Tidak dapat dinafikan kedai berkonsepkan mesra rakyat ini mempunyai pelbagai implikasi positif terhadap rakyat serta ekonomi setempat,” katanya ketika dihubungi semalam.
Yusof berharap masalah kenaikan harga barang yang semakin menular dapat ditangani dengan pembukaan kedai berkenaan.
Beliau mengulas pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stesen LRT Kelana Jaya kelmarin.
Read rest of entry

BN Youth Job Fair 2011' di Kedah 1-3 Julai


ALOR SETAR — Selepas kejayaan menarik lebih 500,000 pengunjung ke program “BN Youth Job Fair 2011” di Kuala Lumpur pada Mac lepas, Pemuda Barisan Nasional (BN) akan meneruskan program itu di Kedah bagi memberi peluang kepada rakyat negeri itu mendapat pekerjaan.
Program itu akan berlangsung selama tiga hari itu bermula 1 Julai ini di Institut Kemahiran Mara Sungai Petani dari 11.30 pagi hingga 7 malam.
Pengerusi Pemuda BN Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, ini merupakan jelajah pertama program “BN Youth Job Fair” ke negeri bagi memberi peluang kepada generasi muda khususnya mendapatkan pekerjaan dan sekaligus mengurangkan kadar pengangguran.
“Kita menyasarkan 100,000 orang warga Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis akan hadir untuk mencari lebih 7,000 peluang pekerjaan yang disediakan oleh majikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, 120 majikan dari Kedah dan Kuala Lumpur akan mengambil bahagian untuk menjayakan program itu.
Sebarang maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperoleh daripada laman web www.bnyouthjobfair.my atau menghubungi pejabat sekretariat BN Youth Fair di talian 03-22614700. — Bernama
Read rest of entry

Unipeq nafi sahkan Barbican halal

KUALA LUMPUR – Unipeq, anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan ia telah mengesahkan status halal terhadap produk minuman malta berperisa buah-buahan Barbican seperti didakwa pengeluar produk itu pada Khamis lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Unipeq, Dr. Siti Noorbaiyah Abdul Malek berkata, syarikat itu hanya mengeluarkan sijil analisis yang menunjukkan kandungan kompaun yang diuji dan bukannya status halal.
“Sesuatu produk itu hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berwibawa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk status halal dan Kementerian Kesihatan untuk piawai makanan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Read rest of entry

ShareThis

TRACKING NO

MOHD HAFIZUL: EM362617935MY
SAFINAZ: CD192274173MY
FAZLIATON: EM362734319MY
MASRITAH: EM362734282MY
JENNY: EM362734279MY
NOORFAEZAH: EM362618128MY
NORMANJA: EM362618043MY
SHAMSIAH: EM362618159MY
SITI NOR HAJAR: EM362618030MY
YUSMADI: EM362618162MY
HARUN RASHID: EM362618131MY
SALAMIAH: EM362618105MY
NOORFAEZAH: EM362618128MY
FADHILAH: EM362617330MY
NOR AZIAH: EM211889305MY
NONIE: EM211889319MY
NURHAFIZAH: EM035415462MY
SUHAILA: EM211889662MY
JUNAIDAH: EM211889509MY
SAFINAZ: EM211889526MY
SHIMA: EM211889512MY
SUHANIS: EM035415480MY
SYASYAH: CD187146786MY
JUJU-CP122719701MY
RISMA-EM035415621MY
NOOR HAFIZA- CD127449731MY
NURUL-EM081651755MY
SUZANA-EM035415502MY
IZA-EM081736889MY
CT HUSNA-EM035415520MY
 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

How to Order?

Order boleh dibuat pada ORDER FORM di atas.

Syarat – Syarat Pembelian

1). Untuk pembeli yang serius sahaja.
2). Produk yang dijual - tidak dapat ditukar atau dikembalikan.
2). Kadar harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran

ambooyats@blogshop Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal