Tuesday, August 10, 2010

Tahniah Kepada Maizawati Dan Suami


Selepas lebih setahun bercerai dengan penceramah dan penyanyi, Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35, akhirnya menamatkan zaman jandanya semalam.
Dengan sekali lafaz, Maizawati sah menjadi isteri pemuda yang berasal dari Sabah, Mohd. Yassin Ben @ Abd Rahim, 23, tepat pada pukul 12.30 tengah hari.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Zainal Jani, 55, dengan mas kahwin sebanyak RM101 di kediaman Maizawati di No. 16, Laluan Bercham Utara 4, Taman Utama, Bercham dekat sini.
Rombongan pengantin lelaki tiba kira-kira pukul 12.15 tengah hari dengan membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan lima dulang hantaran.
Maizawati berkata, dia berkenalan dengan pemuda kelahiran Kota Kinabalu itu kira-kira setahun lalu sebelum hubungan mereka menjadi semakin intim beberapa bulan kemudian.
@: hmm..ape rahsia maiza, ni y ke-3 kali kan?
Read rest of entry

Sunday, August 8, 2010

Anne, Hot fm Tampil Bertudung


Anne atau Putri Adreanna Syigim Mohd Razali terpaksa meninggalkan Hot fm untuk mengikut suaminya Nik Mahathir Zainuddin yang bekerja di Doha.Anne yang kini tampil lebih manis dengan mengenakan tudung merancang untuk membuat perniagaan pakaian muslimah seperti jubah dan tudung melalui talian tak lama lagi

@: kite perlu perubahan dalam hidup ke arah y lebih baik
Read rest of entry

Digantung Tugas Kerana Gemuk


Syarikat Penerbangan Turki semalam menggantung tugas 28 atendan penerbangan kerana terlalu gemuk.
Mereka diberikan masa enam bulan untuk mengurangkan berat badan atau berdepan dengan tindakan ditukarkan tugas.

Menurut laporan akhbar Haber Turk, kakitangan terbabit, 13 daripadanya wanita, diarah bercuti tanpa gaji sehingga mereka mengurangkan berat badan. Mereka sebelum ini sudah diberi amaran supaya melangsingkan tubuh masing-masing.

“Berat badan dan ketinggian adalah faktor penting bagi semua syarikat penerbangan. “Kriteria ini adalah penting baik dari segi penampilan dan keupayaan untuk bergerak,” kata syarikat berkenaan dalam kenyataan yang dikeluarkannya. Ketua Persatuan Kakitangan Penerbangan syarikat itu, Izet Levi berkata, dia perlu mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram jika mahu kembali memegang jawatannya.

Syarikat Penerbangan Turki adalah yang keempat terbesar di Eropah berdasarkan jumlah penumpang

@: kasehan tapi tu y sepatutnya
Read rest of entry

Ikan Duyung Dipakaikan Coli

Ni bukan duyung dalam cerita kat astro tu, tapi hanyalah patung replika.

Sebuah patung ikan duyung wanita dipakaikan coli bagi menutup 'payu daranya' di Pusat Hidupan Laut Chessington, England, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Coli itu dipakaikan selepas beberapa pelawat lelaki didapati menghabiskan banyak masa dengan melihat payu dara patung ikan duyung tersebut di dalam akuarium pusat berkenaan baru-baru ini.
Ketua-ketua pusat itu kemudian membuat keputusan untuk memakaikan coli pada patung tersebut bagi menghalang sebarang bentuk gangguan lain.
@: patung pun boleh menjadi tarikan seksual..aiyoo
Read rest of entry

Mati Di Dalam Sauna


Seorang lelaki Rusia, Vladimir Lazyzhenskiy meninggal dunia pada pertandingan akhir Kejuaraan Dunia Sauna di Finland selepas menghabiskan masa selama enam minit dengan berpeluh pada suhu 110 darjah Celcius, kata pihak penganjur semalam.
"Selepas kejadian itu, kami memutuskan bahawa permainan ini sudah berakhir," kata Setiausaha Kebudayaan di Bandar Heinola.
Kejuaraan sauna itu sudah diadakan selama 12 tahun di Heinola kira-kira 138 kilometer ke timur laut bandar raya Helsinki.
Punca kematiannya masih lagi disiasat.
Seorang lagi peserta pada peringkat akhir dari Finland, Timo Kaukonen telah dihantar ke sebuah hospital di bandar Lahti, utara negara itu.
Seramai 135 orang dari 15 buah negara menyertai pertandingan itu. 
@: mesti ramai y takut nak jadi peserta pasni
Read rest of entry

Sinta dan Jojo tolak tawaran sinetron


Walaupun menjadi popular setelah menggerakkan mulut mengikut nyanyian penyanyi Lisa yang menyanyikan lagu Keong Racun di Youtube, dua pelajar universiti, Sinta dan Jojo menolak tawaran berlakon sinetron oleh sebuah syarikat drama di Indonesia, lapor sebuah akhbar baru-baru ini.
"Kami berdua perlu menamatkan kuliah terlebih dahulu. Sebarang urusan kerja harus mengikuti jadual kuliah.
"Pelajaran masih nombor satu," kata Sinta.
Dua mahasiswi yang berasal dari Cimahi, Bandung itu memberitahu, populariti yang diperoleh dalam masa yang singkat tidak akan mengganggu pengajian mereka.
Sinta dan Jojo masing-masing berumur 19 tahun.
Klip video kedua-dua mahasiswi itu sudah dilihat hampir tiga juta kali sehingga senja semalam di laman YouTube.
Selain membuat gerakan bibir mengikut nyanyian penyanyi Lisa itu, mereka turut membuat banyak gelagat yang dianggap melucukan oleh kebanyakan penduduk Indonesia
@: Sinta pandai buat mimik muke n ade bakat jadi pelakon, Jojo :?
Read rest of entry

Manchester United Rampas Trofi


Manchester United memulakan saingan musim baru Liga Perdana England dengan penuh bergaya.
Semalam, skuad bimbingan Alex Ferguson itu menjuarai Piala Perisai Komuniti selepas menewaskan juara bertahan, Chelsea 3-1 di Stadium Wembley.
Jaringan Antonio Valencia pada minit ke-41, Javier Hernandez (76) dan Dimitar Berbatov (90) sudah cukup memberikan United langkah kanan dalam misi mereka kali ini.
Begitupun, Chelsea tidak mudah mengaku kalah dan cuba memberi tentangan yang hebat tetapi memperoleh gol sagu hati menerusi Salomon Kalou pada minit ke-83.
Lebih manis, kejayaan The Red Devils ini juga dilihat sebagai amaran awal mereka dalam misi mereka merampas semula gelaran Liga Perdana England daripada The Blues.
Pertembungan dua pencabar utama itu semalam banyak didominasi oleh United yang menurunkan dua pemain baru, Hernandez dan pertahanan Chris Smalling.
Manakala Chelsea yang merupakan juara berganda selepas memenangi gelaran liga dan Piala FA dilihat gagal mencari rentak meskipun menggunakan khidmat bekas perancang Liverpool, Yossi Benayoun dan penyerang Ivory Coast, Didier Drogba.
Ini adalah kali ketiga dalam masa empat tahun United berjaya menjulang gelaran Piala Komuniti selepas tahun 2007 dan 2008.
Kekalahan ini pula merupakan tamparan baru buat pengurus The Blues, Carlo Ancelotti dalam misi mempertahan kejuaraan menjelang aksi pembuka musim 2010/11 pada Sabtu ini.
@: Tahniah buat MU, kecewa gan Chelsea :(
Read rest of entry

Minyak wangi Shakira


BAGAI mengikut jejak langkah teman selebriti lain, penyanyi Shakira kini bersedia dengan rangkaian jenama minyak wanginya sendiri.
"Bagi golongan wanita yang boleh merasakan 'aliran' haruman ini, mereka akan berasa tabah dan berdikari. Haruman ini khusus untuk mereka yang yakin diri," kata Sharika tentang minyak wanginya yang menggunakan jenama S by Shakira di pasaran.
Menurut pemenang Grammy ini, dia bekerjasama dengan Piug dalam menghasilkan haruman tersebut dengan memilih bauan yang tidak begitu menyengat tetapi mempunyai bauan sensual. Ramuan yang digunakan termasuklah bunga melor, kayu wangi dan beberapa intipati lain.
Kata Shakira: " Seperti lagu-lagu saya, saya mahu S by Shakiramempunyai ceritanya sendiri, unik dan bersifat peribadi. Ia juga adalah refleksi terbaik yang bersangkut dengan emosi sendiri.
S by Shakira dijangka berada di pasaran pada September ini dengan harga antara RM55 hingga RM110.
Dengan penuh semangat Shakira juga memberitahu minyak wangi keluarannya adalah satu permulaan sahaja dan khalayak akan dikejutkan dengan lebih banyak perkara yang tidak dijangka dilakukan olehnya.

@: harga boleh tahan murah juga ye
Read rest of entry

Padah langgar lampu isyarat


Tindakan seorang lelaki melanggar lampu isyarat mengundang padah apabila dia mati selepas kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam satu kemalangan di persimpangan Jalan Tamby Abdullah dan Jalan Laksamana Cheng Ho di sini kelmarin.
Kejadian pukul 11 malam itu berlaku ketika Wing Mei Siang, 32, dari Taman Kerjasama, Bukit Beruang di sini dalam perjalanan dari Jalan Parameswara menuju ke persimpangan berkenaan menaiki kereta Perodua Viva.
Pegawai Turus Trafik Melaka Tengah, Asisten Supritendan Poonam E. Kling berkata, mangsa telah melanggar belakang MPV jenis Toyota Estima yang ketika itu berhenti di lampu isyarat tersebut.
@: memang ngeri n nak bawak kereta kat sini, macam tu juga kat KL
Read rest of entry

Bayar Zakat Kini Lebih Mudah


Kaedah pembayaran zakat fitrah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang semakin meluas digunakan oleh pihak berkuasa agama di seluruh negara tidak perlu diragui oleh umat Islam.
Malah, bagi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Mazlan Hashim, khidmat zakat fitrah menerusi SMS yang dikendalikan Celcom Malaysia Berhad (Celcom) itu tidak banyak beza dengan kaedah pembayaran melalui kaunter zakat atau amil yang dilantik.
"Umat Islam tidak perlu was-was untuk menggunakan kaedah ini.
"Sistem SMS yang digunakan tetap menyediakan akad sama seperti pembayaran zakat fitrah biasa dan ia diperkenalkan bagi memudahkan umat Islam membayar zakat," katanya.
@: sekarang semua dah jadi mudah, jadi takde sebab nak tangguh2 bayar zakat.
Read rest of entry

ShareThis

TRACKING NO

MOHD HAFIZUL: EM362617935MY
SAFINAZ: CD192274173MY
FAZLIATON: EM362734319MY
MASRITAH: EM362734282MY
JENNY: EM362734279MY
NOORFAEZAH: EM362618128MY
NORMANJA: EM362618043MY
SHAMSIAH: EM362618159MY
SITI NOR HAJAR: EM362618030MY
YUSMADI: EM362618162MY
HARUN RASHID: EM362618131MY
SALAMIAH: EM362618105MY
NOORFAEZAH: EM362618128MY
FADHILAH: EM362617330MY
NOR AZIAH: EM211889305MY
NONIE: EM211889319MY
NURHAFIZAH: EM035415462MY
SUHAILA: EM211889662MY
JUNAIDAH: EM211889509MY
SAFINAZ: EM211889526MY
SHIMA: EM211889512MY
SUHANIS: EM035415480MY
SYASYAH: CD187146786MY
JUJU-CP122719701MY
RISMA-EM035415621MY
NOOR HAFIZA- CD127449731MY
NURUL-EM081651755MY
SUZANA-EM035415502MY
IZA-EM081736889MY
CT HUSNA-EM035415520MY
 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

How to Order?

Order boleh dibuat pada ORDER FORM di atas.

Syarat – Syarat Pembelian

1). Untuk pembeli yang serius sahaja.
2). Produk yang dijual - tidak dapat ditukar atau dikembalikan.
2). Kadar harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran

ambooyats@blogshop Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal