Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan akan terus mempertahankan sistem demokrasi dan tidak takut menghadapi mana-mana pembangkang dalam pilihan raya umum apabila tiba masanya.
Perdana Menteri berkata, kerajaan khususnya UMNO juga boleh menggembleng penyokong yang lebih besar daripada penyokong pembangkang yang membuat demonstrasi tetapi UMNO tidak mahu berbuat demikian dan meminta agar rakyat yang membuat keputusan.
Beliau turut mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang dan petualang sebenar di sebalik penganjuran perhimpunan haram kelmarin dengan berkata, ia merupakan rancangan terdesak Ketua Pembangkang itu untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.
“Kita boleh tawan Kuala Lumpur dengan sejuta ahli UMNO, kita boleh lawan. Semalam kita bagi wakil kita, Ketua Pemuda saja turun. Dia sanggup, dia merasa duduk lokap lapan jam.
“Itu baru sikit, kita boleh turun angkatan kita, kalau nak porak peranda kita boleh. Tetapi saya nak beritahu, kita berhimpun dalam dewan ini menjunjung prinsip undang-undang Malaysia,” katanya.
0 comments:
Post a Comment