Sunday, July 10, 2011

Pemuda kecewa saman bekas tunang RM320,000



Angkara cinta kekasihnya beralih arah seminggu sebelum tarikh bernikah, seorang juruteknik tekad memfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak kira-kira RM320,000 terhadap bekas tunangnya itu di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Nik Mustafa Nik Daud, 30, dari Kampung Jedok Tua, Tanah Merah dekat ini selaku plaintif memfailkan writ saman tersebut menerusi peguamnya, Mohd. Ridzuan Muhamad di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Nik Mustafa menamakan bekas tunangnya Azlina Mohamed, 27, yang juga dari kampung yang sama sebagai defendan.
Plaintif yang bertugas di sebuah kilang di Bangi, Selangor mendakwa ekoran tindakan bekas tunangnya yang bekerja sebagai penolong pengurus sebuah restoran makanan segera di Serdang itu menyebabkan pretasi kerjanya terjejas sehingga plaintif mendapat cuti sakit selama empat hari.
Mengikut pernyataan tuntutan, Nik Mustafa dan Azlina telah mengikat tali pertunangan pada 1 Mei 2011 atas dasar cinta suka sama suka.
Rentetan itu, plaintif dan defendan telah bersetuju untuk melangsungkan pernikahan pada 8 Jun lalu.
Berikutan itu, plaintif membuat semua persiapan kenduri seperti menyediakan perkakas kenduri, membeli seekor lembu, menempah ayam dan jurukamera.
Plaintif juga mendakwa telah menempah kad jemputan perkahwinan kepada 1,000 tetamu dan kenduri kahwin di rumah plaintif dijadual akan berlangsung pada 10 Jun.
Bagi melancarkan majlis perkahwinan, plaintif turut menghadiri kursus kahwin, membeli barangan hantaran, mengisi borang perkahwinan dan membeli dua bentuk cincin perkahwinan berharga RM3,000.

0 comments:

ShareThis

TRACKING NO

MOHD HAFIZUL: EM362617935MY
SAFINAZ: CD192274173MY
FAZLIATON: EM362734319MY
MASRITAH: EM362734282MY
JENNY: EM362734279MY
NOORFAEZAH: EM362618128MY
NORMANJA: EM362618043MY
SHAMSIAH: EM362618159MY
SITI NOR HAJAR: EM362618030MY
YUSMADI: EM362618162MY
HARUN RASHID: EM362618131MY
SALAMIAH: EM362618105MY
NOORFAEZAH: EM362618128MY
FADHILAH: EM362617330MY
NOR AZIAH: EM211889305MY
NONIE: EM211889319MY
NURHAFIZAH: EM035415462MY
SUHAILA: EM211889662MY
JUNAIDAH: EM211889509MY
SAFINAZ: EM211889526MY
SHIMA: EM211889512MY
SUHANIS: EM035415480MY
SYASYAH: CD187146786MY
JUJU-CP122719701MY
RISMA-EM035415621MY
NOOR HAFIZA- CD127449731MY
NURUL-EM081651755MY
SUZANA-EM035415502MY
IZA-EM081736889MY
CT HUSNA-EM035415520MY
 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

How to Order?

Order boleh dibuat pada ORDER FORM di atas.

Syarat – Syarat Pembelian

1). Untuk pembeli yang serius sahaja.
2). Produk yang dijual - tidak dapat ditukar atau dikembalikan.
2). Kadar harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran

ambooyats@blogshop Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal